Tuesday, January 25, 2011

شكور, صبر دان اخلاص دالم برجواغ...[فريغتان بوات ديري كامي يغ سلالو لوفا]

Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.

Syukur dan sabar merupakan cara untuk meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah. Setiap hari kita selalu didorong oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita. 

Luruskan niat ketika datangnya keinginan.

Kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan bermacam-macam keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima. Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari cahaya kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niatku ini?  Betulkah tujuanku?

Mintalah petunjuk kepada Allah SWT. Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita...

Wallahua'lam...

2 comments:

  1. azri best la tajuk2 ko dlm blog ni..leh buat takzirah jumaat nt hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha.. adoiyai.. kalaulah tazkirah tu bley dibuat dalam bentuk blog mcm ni, alangka indahnya.. saya mmg ketar2 gak.. klu best, ley share2 ngn umat Muhammad yang lain.. ilmu tu kan utk dikongsi.. :)

    ReplyDelete