Tuesday, January 25, 2011

شكور, صبر دان اخلاص دالم برجواغ...[فريغتان بوات ديري كامي يغ سلالو لوفا]

Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.

Syukur dan sabar merupakan cara untuk meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah. Setiap hari kita selalu didorong oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita. 

Luruskan niat ketika datangnya keinginan.

Kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan bermacam-macam keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima. Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari cahaya kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niatku ini?  Betulkah tujuanku?

Mintalah petunjuk kepada Allah SWT. Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita...

Wallahua'lam...

Tuesday, January 18, 2011

Nasyid : Genre yang Second Class?? Betul ker??

credited to Pito In Heart.
[Rencana ini juga terdapat didalam Fanzine Nasyid pertama Malaysia; Love Fanzine]
 
Sampai bila kita nak dengar kenyataan longkang seperti di atas? Alangkah sedihnya bercampur geram melihat nasyid diratah dengan keji dalam perbualan ranking irama. Bagi aku, perkara ni bukanlah suatu dramatic, regid ataupun perang kosa kata tetapi kita perlu kaji sinonimnya. Letakkan tepi emosi anda , fokuskan mengapa perbualan sumbang ini timbul? Setelah membuat satu kajian rambang, rata – rata pelajar IPT, sekolah –sekolah agama, komuniti setempat dan minority penduduk kota masih mempunyai minat terhadap irama ini tetapi mengapa nasyid masih dikatakan muzik ‘’second class’’. Kita kaji dengan terperinci hal ini dengan mengupas satu makna di sebalik penyataan ini. Adakah iramanya, liriknya, muziknya ataupun imej dan cara pembawakan nasyid itu yang dikelaskan ‘’second class’’??? 
 
Nasyid pernah menjadi fenomena serantau menyelubungi negara-negara jiran terdekat, Indonesia, Brunei, Singapura apabila Raihan membuktikan kekuatan lirik-lirik dakwah, zikir dan Islamiah sehinggakan France turut mengundang mereka dalam sesuatu konsert ulung di sana. Jika diteliti sejarah revolusi muzik didunia, ia menjangkau suatu garis muzik yang halus dan penuh erti expressi. 

Pada umumnya muzik dilihat sebagai seni untuk hiburan, akan tetapi ia juga boleh dianggap suatu sains yang tersendiri, yang mempunyai mauduknya yang dibahaskan berpandukan kepada manhaj yang khusus baginya. Terdapat nukilan yang terkenal dari Hikayat Seribu Satu Malam: “Bagi sebahagian orang, muzik umpama makanan; bagi yang lain ia seumpama ubat; dan bagi yang lain pula ia umpama kipas.” Demikianlah kaum Muslimin menganggap muzik. Walaupun kaum Muslimin banyak meminjam dari teori muzik kaum Yunani purba, mereka juga telah menyumbang ke arah menyempurna dan seterusnya mengembangkan lagi sains ini sehingga membawa kepada perasaan sedemikian terhadap muzik. Sebab itulah Henry George Farmer mengatakan: “Anda boleh menelusuri keseluruhan kesusastraan Yunani dan tidak akan menemui perasaan sedemikian.” Beliau menambah: “Para pengikut Pythagoras telah memberikan pernyataan awal berkenaan kefahaman kerohanian muzik Islam, akan tetapi ia masih kabur dan jauh tersorok di alam pemikiran Yunani.” 

Menurut kefahaman muzik Islami, muzik bukan saja suatu sains tetapi juga seni, seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikkan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci. Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatangkan keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut: “Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi… Tiada jalan lain yang mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga… kerana sebaik saja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa saja yang menguasainya. 

Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan saja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi. Muhammad bin Abd Rabbihi (860-940) berkata: “Suara yang indah menggerakkan tubuh dan mengalir ke dalam salur darah. Akibatnya darah menjadi murni, hati menjadi tenang, jiwa menjadi galak, anggota badan menjadi resah dan bergerak-gerak. Oleh sebab itu kanak-kanak tidak sepatutnya ditidurkan selepas menangis melainkan dengan muzik dan nyanyian. Ahmad Ibn Abi Dawud (m.854) juga berkata: “Aku pernah mendengar nyanyian Mukhariq di istana Khalifah al-Mu’tasim, dan hampir tidak tertahan tangisanku kerana binatang ganas sekalipun pasti akan jatuh cinta terhadap kemerduan suaranya dan menghargai kehebatannya.”Berdasarkan kefahaman ini, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri. 

Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp yang dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin). Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m.705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang, alatan baru beserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam. Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan ala-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar). Masyarakat Mekah pada masa itu menggunakan sejenis alat muzik yang hampir sama berupa kotak yang ditutupi kulit kambing, walau bagaimanapun lute orang-orang Parsi mempunyai permukaan kayu, dan reka bentuk Parsi ini lama-kelamaan diterima pakai oleh orang-orang Mekah. 

Di antara ahli muzik terkenal pada zaman ini ialah ‘Azzat al-Mayla (m.705). Antara peminat beliau ialah Abdullah ibn Ja’far, sepupu Rasulullah.Pada masa yang sama ahli muzik Muslimin juga terdedah kepada karya-karya filasuf yang pada kurun ketiga Hijrah mula membawa masuk teori-teori muzik Euclid dan pemikir Yunani lain ke dalam alam tamadun Islam. Dengan cara ini, falsafah muzik yang ilmiah mula timbul. Pemikir Muslim, termasuk ahli muzik, mula mentakrifkan muzik sebagai sains berasaskan pengamatan sendiri, juga hasil pengaruh Yunani. Al-Farabi (m.950) adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami. Henry George Farmer bahkan menobatkan beliau sebagai pengasas falsafah muzik. Falsafah dan teori muzik beliau diguna sehingga ke hari ini dengan bentuk yang pelbagai setelah melalui pengubahsuaian dan pembaikan. 

Nah! Lihat sahaja sejarah muzik islamiah ini, mengapa masih ada istilah nasyid second class? Dalam suatu pertemuan tidak formal saya dengan seorang dj radio swasta tempatan, beliau menyatakan bahawasanya nasyid tidak dipandang dan tidak relevan sekarang. Hati penasyid mana tak panas, anda berjuang dengan penuh bersungguh-sungguh namun langsung tiada pembelaan namun masyarakat hanya menilai melalui yang hits dan berkualiti dalam skop ‘’easy listening dan marketasi.’’ Jadi apa yang boleh kita lakukan kini? Kita wajar sebagai penasyid , pendakwah lagu ketuhanan membaiki mutu persembahan, vokal, kualiti lagu. 

Kalau kita lihat zaman kini banyak sahaja kumpulan muda yang tumbuh bagai cendawan subur namun terbantut kerana beberapa factor. Pertama, keegoan yang tak pernah luntur di dalam kesumat hati, mana mungkin ego mengatasi ilmu suci. Pergilah berjumpa orang-orang lama, abang-abang artis nasyid senior kita. Banyak yang boleh dipelajari daripada mereka. Jangan sombong dengan ilmu sehilis yang kita ada, ibarat timun dan durian.Melanggar mati, dilanggar pun mati. Buangkanlah ego, ilmu kita tak banyak, pergilah belajar pada yang pakar. Faktor kedua yang dapat saya lihat kenapa nasyid dianggap second class ialah kualiti lagu yang dihasilkan sangat menjijikkan dan meloyakan.Adakalanya lagu sedap tetapi liriknya hancur dan adakalanya lagu sedap, lirik terbaik tetapi arrangement muzik hampeh! Ada semuanya sempurna tetapi mixing terlalu buruk sehinggakan jelas beberapa bunyi yang tak sepatutnya didengar. Common! nasyid bukan muzik sampah yang boleh dipergodek-godek dengan wang, nasyid ialah hiburan Islamiah yang mampu mendidik dan mertarbiyah secara syumul dengan perlahan dan seni.

Alasan artis- artis yang kualiti lagunya teruk ialah tak cukup budget, tiada link, tiada tunjuk ajar. Berbalik faktor pertama, buanglah ego, usahalah mencari mentor yang boleh membimbing. Saya percaya pasti ada suatu gelombang baru untuk memartabatkan kembali muzik nasyid. Faktor kesima ketiga ialah nasyid dianggap second class kerana kredibiliti pembawa nasyid yang tak pernah menjaga dirinya. Bukanlah bermaksud perlu mengenakan pakaian stereotaip dan tidak boleh berkasual tetapi ia lebih kepada pembawaan , sikap, adab dan cara komunikasi dan sosialis. Ubahlah adab, cara, hormati sesame scene di dalam nasyid, tidak kira apa jua genre, barulah nasyeed kembali bersatu dan disegani industry mainstream.

Bila ia disegani, tidak kiralah revolusi muzik berlaku, nasyid tetap bertahan kekal sebagai sebuah komuniti yang terus berpaksi. Masih kepanasan gegendang telingaku, Nasyid itu second class? Sudah berapa banyak pertandingan nasyid dibuat, apakah tiada lagi usaha yang nak dibuat berbanding pertandingan? Kita boleh membuat pameran nasyeed seMalaysia. Tidak mustahil jika ada penaja, kita mampu buat yang lebih hebat berbanding Jobstreet.com karier fair sekiranya kita benar-benar mahu. Remaja kini makin tenggelam dengan sosial yang makin teruk, mereka dahagakan hiburan dan method yang seimbang dengan pengaruh yang terpaksa ditempuhi tetapi mempunyai nilai ketuhanan yang tersisip di dalamnya. Kitalah pejuangnya, tunggu apa lagi?? Tak kan sampai Freemasonis memutar alam baru nak mengadah. Kita boleh berubah kepada suatu titik yang baru., martabatkanlah kembali nasyeed ini,tutup mulut longkang yang mengejek dan menghina nasyeed, jangan disalahkan mereka kerna ada kebenarannya di atas kelemahan kita, kita sendri yang mencipta, membina dan kita sendiri perlu menghadapi risikonya. Wassalam..


p/s : az-zikr - pokok pangkalnya, sume bergantung pada niat..ye tak? niat betul, insya-Allah, jalan mesti betul.. :)

Monday, January 17, 2011

Berpada-pada Dalam Berhibur...

Manusia secara fitrahnya gemar berhibur. Adakalanya manusia terhibur apabila mendengar muzik dan ada juga yang terhibur apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti deruan ombak, kicauan burung atau desiran angin.

Bagaimanapun, masih timbul perdebatan dalam masyarakat sama ada hiburan khususnya yang melibatkan muzik dibolehkan atau tidak dalam Islam.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, MOHD. ZAKKI JILAN menemu bual pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed bagi membincangkan isu ini.

MEGA: Apakah kaitan hiburan dengan manusia?

ZAHAZAN: Pada umumnya, manusia telah lama terlibat dengan hiburan. Dari segi antropologi dan sosiologi manusia, hiburan memang telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

Apabila kita fokuskan hiburan kepada muzik, memang menjadi fitrah manusia menyukainya. Orang Arab dahulu pun memang sudah menggunakan bunyi-bunyian seperti gendang untuk melambangkan sesuatu keadaan. Kalau semasa perang ia akan diketuk kuat. Dalam majlis perkahwinan pula dihiasi dengan pukulan kompang dan tarian menggunakan gitar.

Pokoknya, semua ini digunakan untuk menenangkan fikiran.

Berdasarkan sirah, Rasulullah pernah bersabda: Wahai Bilal, tenangkan kami. (Riwayat Bukhari Sebabnya, Saidina Bilal adalah seorang muazin yang terkemuka pada ketika itu. Jadi, melalui laungan azannya, Rasulullah dan para sahabat menjadi tenang.

Dalam satu kisah, Rasulullah dan Saidatina Aisyah sedang mendengar lagu daripada dua hamba perempuan di Buath, kawasan peranginan di Madinah. Tiba-tiba Saidina Abu Bakar datang dan berkata, apa ini syaitan dalam rumah Rasulullah. Kemudian Nabi bersabda, biarkan mereka Abu Bakar. (Riwayat Bukhari)

Cuma dalam kisah ini, Rasulullah tidak memandang ke arah hamba tersebut.

Bagaimanapun ada pendapat mengatakan muzik itu haram. Benarkah?

ZAHAZAN: Memang ada ulama yang berpendapat sedemikian. Ini antara lain hasil tafsiran mereka tentang ayat Allah iaitu lahwun sebagai mana yang terdapat dalam surah Luqman.

Firman Allah, Dan di antara manusia (ada) orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai)dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan...(Luqman: 6)

Sebanyak 24 daripada 26 ulama termasuk Imam Syaukani, Imam As-Sayuti dan Imam at-Tabari berpendapat lahwun itu adalah lagu-lagu atau muzik dan perkara yang berkaitan dengannya.

Walhal terdapat satu perkataan lagi iaitu laghwun yang ditafsirkan sebagai benda yang melalaikan dan sia-sia. 

Dalam perkara ini, Imam At-Tabari merumuskan terdapat 11 dalil yang menjelaskan muzik dan hiburan yang tidak dibenarkan dalam Islam. 

Jadi, salahlah kita berhibur terutama dengan menggunakan alat muzik?

ZAHAZAN: Islam adalah agama yang relevan sepanjang zaman. Jadi ia meliputi semua bab termasuklah berhibur.

Ulama besar yang juga penulis kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali yang membuat kajian di hampir semua tempat yang didiami oleh orang Islam memberikan pandangan yang berbeza dalam soal ini.

Menurut beliau, muzik itu sebenarnya ialah bunyi-bunyi yang dikumpulkan hasil dipetik, diketuk atau desiran angin. Ia hanyalah bunyi-bunyian alam yang membawa ketenangan kepada pendengarnya.

Seorang lagi ulama abad ke-21 iaitu Prof. Dr. Yusuf Qaradawi dalam bukunya Halal dan Haram turut membincangkan soal hiburan ini.

Beliau membuktikan bahawa kesemua 11 dalil yang mengharamkan muzik itu boleh ditepis. Sebabnya, kebanyakan keputusan itu dibuat oleh penilai-penilai hadis bukannya kata putus Rasulullah s.a.w.

Dalam satu peristiwa, selepas selesai majlis akad perkahwinan Nabi, tiba-tiba ada beberapa anak gadis (hamba) yang menyanyi, menari dan mengetuk-ngetuk gendang. Antara liriknya ialah, “Berasa kesal dengan kematian saudara Muslim pada perang Badar tetapi gembira kerana Nabi mengetahui apa yang akan berlaku esok”.

Rasulullah kemudiannya menegur kesalahan ayat yang baginda mengetahui tentang yang akan berlaku esok tetapi baginda tidak menegur lirik yang satu lagi. Pada majlis itu, ia turut dihadiri oleh sahabat-sahabat baginda. 

Dalam hadis yang lain, Rasullullah bersabda: “Hebahkanlah nikah dan pukullah rebana untuk tujuan itu. Mudah-mudahan orang mendoakan perkahwinan tersebut”. (riwayat Tirmidzi)

Ini adalah antara hujah bahawa Islam itu membenar atau mengharuskan hiburan. Dalam hadis pertama tadi, jika hiburan haram, sudah tentu Rasulullah akan melarang anak-anak gadis tersebut daripada menyanyi dan menari.

Jadi, apakah intipati rumusan oleh Imam al-Ghazali dalam bab ini?

ZAHAZAN: Imam al-Ghazali yang mengkaji dengan akal membuat beberapa kesimpulan tentang hiburan.

Disebabkan hiburan adalah fitrah manusia dan bunyi muzik adalah himpunan suara makhluk yang Allah jadikan, beliau berpendapat tidak boleh mengharamkan muzik secara mutlak. 

Dalam pada itu, tidak ada juga dalil yang menggalak atau amat menyuruh kita mendengar hiburan. Sebaik-baiknya berhibur itu sederhana atau pertengahan sahaja, setakat untuk menghilangkan kebosanan.

Larangan Rasulullah untuk berhibur pada zaman awal kedatangan Islam adalah untuk mengelak menularkan budaya orang Arab kuno. Mereka ini lazimnya apabila berhibur akan disertai oleh tarian gelek dan juga arak.

Baginda tidak mahu dalam tempoh awal kedatangan Islam dijejaskan oleh tabiat buruk masyarakat jahiliah atau umat Islam ketika itu teringat semula zaman tersebut.

Sebab itu, pengharaman muzik boleh dikatakan kerana persekitaran bukan kerana zatnya. Gitar itu tidak haram tetapi bila dimainkan dalam majlis yang bercampur aduk dengan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram, ia menjadi haram.

Bagaimana hendak mentakrifkan kedudukan pertengahan dalam berhibur ini sebab apabila mendengar muzik selalunya kita leka?

ZAHAZAN: Bagi golongan anak- anak dan remaja, hiburan adalah perlu. Kita tidak boleh terus menghalang mereka. Ingatlah pesan Saidina Ali, “bila dipaksa membuat benda yang tidak disukai, hati itu akan mati.”

Bagi golongan ini, secara psikologinya memang mereka perlu berhibur tetapi tetap ada batasnya. 

Bagi penganjur pula, hendaklah menyediakan kemudahan tempat solat, memaklumkan kepada penonton waktu solat telah masuk dan majlis dihentikan seketika untuk solat.

Bagaimanapun, bagi golongan yang peringkat umurnya sudah matang, tidak payah lagi banyak berhibur. Sebabnya, terlalu banyak berhibur ini akan menyebabkan hati menjadi keras atau dalam istilah sufinya mati.

Ada yang berpendapat muzik yang dibenarkan oleh Islam itu hanyalah nasyid, benarkah pendangan begini?

ZAHAZAN: Dr. Yusuf Qaradawi dan juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa semua lagu itu sifat asalnya harus didengar. 

Malah Dr. Yusuf Qaradawi turut menggariskan empat sebab lagu itu menjadi haram. Pertama, melanggar tatasusila Islam, kedua (menyanyi atau menyampaikannya dalam bentuk syahwat dan berlenggang lenggok), ketiga (jangan nyanyian atau hiburan itu meninggalkan tanggungjawab utama seperti solat) dan keempat (jangan disertai oleh benda haram seperti minum arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram).

Lagu yang diharuskan tidak semestinya nasyid sahaja. Ada banyak lagu yang liriknya bagus seperti mengajak masyarakat cintakan negara, hormat pada ibu bapa dan lagu-lagu puisi untuk menyedarkan masyarakat. Semua ini boleh kita dengar. Cuma eloklah kita berpada-pada.
nukilan Utusan Malaysia : 2007

Wednesday, January 12, 2011

Hikmah sakit bagi manusia.. [Peringatan buat diri kami yang selalu lupa..]

SETIAP orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Baginda mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.
 
Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah melarang kita untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)


Hikmah Sakit 
Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dinukil dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia. 

Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirehat. Kecenderungan manusia sewaktu sihatnya adalah bekerja tanpa henti seumpama robot. Mereka akan terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan tanpa berhenti dan tanpa memperhatikan kesihatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuh badannya itu sebenarnya memiliki keterbatasan. Maka, ketika seseorang itu sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirehat, sambil bermuhasabah dan berfikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah dia sembuh nanti.

Kedua, sakit merupakan satu proses pendidikan (ta'dib). Ketika seseorang sakit parah, dia akan memahami betapa mahalnya nilai sebuah kesihatan. Maka ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi untuk menyembuhkan penyakitnya. Ketika seseorang sakit, dia akan merasakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat adalah semasa ianya dihiburkan. Maka, setelah sembuh nanti, dia akan tahu apa yang harus dia lakukan ketika orang lain yang sakit.

Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit datang menderanya, segagah manapun manusia, sebesar apapun manusia dan sekuat manapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari segumpal tulang dan darah yang dibungkus kulit.

Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, bahkan orang yang paling jahat pun ketika sakit parah tak mampu berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu  untuk mencaci maki lagi. Yang ada hanyalah kesedaran dan penyesalan atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Di samping itu, sakit yang dideritai manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadith telah diterangkan. “Tidaklah seorang Muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kerumitan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, si anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Subhanallah..! Alangkah mulianya Allah SWT yang telah menciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusia, terdapat begitu banyak kebaikan yang terkandung didalamnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang bertandang menjenguknya, kebaikan bagi semua doa-doa yang terucap semasa sakit datang menimpa..


Monday, January 3, 2011

Ikhlas [Peringatan buat diri kami yang selalu lupa...]

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak. Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar." Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas adalah Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure). Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak. Khususul Nafs atau kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh. Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak... 

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru.. Cabaran Baru.. Ayuh!

Tahun baru muncul kembali.. 2010 meninggalkan pergi, 2011 menjengahkan diri.. setiap orang sibuk memasang azam tahun baru masing2.. ade yg bersifat peribadi, duniawi, ukhrawi, dan mcm2 lagilah.. ape jua niat dan azamnye, pastinya prasaan berkobar2 tu mencanak2! apa azam kita tahun ini? bagaimana pula azam kita tahun lalu? sudah tercapai? kalau sudah, alhamdulillah.. kalau belum, 'renew' azam itu pada tahun ini... jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.. hehehe.. 

Kalau nak diimbau kembali segala yang berlaku sepanjang 2010 ini, mgkin mengambil masa 2 hari untuk bercerita, namun, terlalu byk suka dan duka yng bley kita jadikan pengajaran dan iktibar bersama... ape yang berlaku sumenya adelah ujian dari ALLAH SWT.. baik yang manis, mahupun yang manis.. namun, ape yg menarik perhatian penulis, peristiwa kemenangan pasukan kebangsaan Malaysia di dalam pertandingan AFF Piala Suzuki yang pastinya menggamit kenangan kehebatan bolasepak negara suatu ketika dulu.. sudah lame penulis ingin merasai saat2 begini.. skeptikal penulis selama ini, bola sepak negara tidak akan berubah selagi jurulatihnya tidak mempunyai CV yang hebat.. namun, ape yang belaku adalah sbaliknya.. oach K Rajagobal [penulis ada perasan sepanduk kat Jakarta tertera nama RAJAGOMBAL..kasian..] bukanlah seorang superstar dalam team Malaysia ketika itu.. amat jarang seorang pemain bola sepak yang terhebat berjaya membimbing pasukan kendaliannya mencapai kejayaan yang gemilang.. contoh paling hampir, Saudara Diego Maradona dalam kempen Piala Dunia 2010.. beliau mmg diakui antara pemain terbaik dunia yg pernah dilahirkan, tetapi pasukan bimbingannya tidaklah sehebat namanya dalam kempen tersebut.. apapun, tahniah diucapkan kepada team Malaysia kerana telah menunjukkan prestasi yg mengkagumkan dan diharap akan terus maju kehadapan, bukan kebelakang [dialog iklan petronas yg ade hafsham tuh..] 

Semoga tahun baru yang tiba ini, menjadikan kita seorang yang lebih tabah, cekal, kuat semangat, tidak mudah berputus asa... selagi azam kita tidak dapat dicapai, teruskan usaha kita! pertingkatkan kualiti hidup dan amalan kita spanjng tahun ini.. berazamlah untuk jadi yang terbaik! berazamlah untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan bertekadlah untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.. bukankah itu sifat orang2 mukmin yang disukai oleh Allah SWT? bersyukurlah... bersyukurlah.. Nescaya, Allah akan tambahkan lagi nikmat keatasmu.. :)