Wednesday, December 29, 2010

Official MTV Soalan Yang Pasti - Az-Zikr feat. See Sharp Minor

Mati itu pasti! Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati! Jadi, apa bekalan kita untuk menghadapi saat sakaratulmaut nanti? walaupun harta kita banyak berkoyan2, itu semua bukan menjadi tiket untuk menikmati kehidupan yang selesa di alam barzakh! walau rumah kita di dunia seluas saujana mata memandang pun, namun itu bukan penentu akan luasnya juga ruang "tidur" kita di alam barzakh kelak yang sempit! akan tetapi, doa anak2 yang soleh, sedekah amal jariah kita di dunia serta segala ilmu yang kita curahkan dan bermanfaat kapada orang lain menjadi bekalan yang sangat2 membantu kita meniti perjalanan ke alam akhirat!


hayati video klip ini sedalamnya..karya terulung dari Az-Zikr dan See Sharp Minor... kerana inilah detik2 dan waktunya kita semua nanti ditanyakan tentang SOALAN YANG PASTI!

Tuesday, December 28, 2010

Az-Zikr - Disini kami bermula....



Kumpulan Az-Zikr merupakan sebuah kumpulan nasyid yang terhasil daripada gabungan 2 buah kumpulan nasyid sewaktu awal penubuhannya. 2 buah kumpulan tersebut adalah kumpulan nasyid dibawah naungan Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, yg ditubuhkan oleh Imam Mohd Assubhi "Al-Bulohi" Sidon, dan juga kumpulan Zauqan, yang ditubuhkan di SMKA Maahad Muar pada tahun 1996, Setelah 5 tahun berkubur, ianya dihidupkan kembali oleh bekas2 ahli Zauqan yangg terdahulu, Izan “Batod” Helmi, Adha "Why Not" Tohid dan Husnaa "Djemba" Saip, pada tahun 2005.

Imam Syazali “Jali” Sarbini adalah penyebab kepada 2 kumpulan ini bergabung. Pada tahun 2005, atas idea Adha dan Batod, mereka bercadang utk menghidupkan kembali Zauqan dengan bertujuan utk menyertai Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batu Pahat. Namun, pada masa itu, Zauqan tidak mempunyai penyanyi utama. Ini adalah kerana penyanyi utama kumpulan Zauqan terdahulu tidak dapat dihubungi. Lalu, mereka menjemput Jali sebagai penyanyi utama unttk Zauqan. Adha dan Batod kemudiannya mendapatkan khidmat Husnaa Djemba utk menyediakan minus one lagu yg ingin dibawakan pada pertandingan tersebut. (lagu apentah.. kitorg pun dah lupa...) Dari situlah, Zauqan dihidupkan kembali. Zauqan “baru” ini dianggotai oleh Adha, Batod, Jali dan Husnaa, disamping 4 orang lagi ahli tambahan utk melengkapkan korum, iaitu Kamarul “Ipin” Arifin (merupakan solo utama UiTM Jengka), Syahrizan “Babat” Syahlan (seorang lagi ex-Zauqan Maahad Muar, dan 2 orang lagi ahli yg dijemput. Zauqan hanya menduduki tempat ketiga pada pertandingan tersebut. Namun, ianya merupakan satu percubaan yang baik, kerana itu merupakan kali pertama ahli Zauqan Maahad Muar menyanyi semula bersama selepas hampir 5 tahun meninggalkan Maahad Muar.


Kemudiannya, pada tahun 2006, Jali pula menjemput Batod dan Azri “Lopa” Mohd Hamdan, utk menyertai kumpulan nasyid Masjid Sultan Ismail ataupun MSI (bukan jenama motherboard dari Taiwan tuh tau!) Dari situlah, bermulanya perjalanan MSI yang dijenamakan semula sebagai Az-Zikr. Gabungan ini menjadi, dan hasilnya, kumpulan MSI berjaya menjadi juara pertandingan nasyid peringkat daerah BP, dan layak utk mewakili BP ke pertandingan peringkat negeri di JB.

Pada pertandingan peringkat negeri ini, kumpulan MSI hanya mendapat tempat ketiga dalam kategori tradisi. Walaupun begitu, mereka agak berpuas hati jika dikira pada persediaan yang tidak rapi, ditambah dengan gandingan baru antara MSi dan Zauqan. Mungkin masih tidak “ngam” lagi gabungan tersebut. Namun, MSI masih berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.

Bermula dari situ, nama MSi semakin dikenali. Pelbagai pertandingan disertai, dan kebanyakan daripada, MSI Berjaya menjadi juara, baik di peringkat daerah mahupun negeri. Di sinilah bermula titik tolak kejayaan Az-Zikr.

Namun, sepertimana nasib kumpulan2 lain, ahli2 MSI tidak dapat terus bersama sebagai satu kumpulan. Ini kerana ada diantara mereka terikat pada komitmen kerja, dan tidak dapat memberikan sepenuh komitmen pada kumpulan. Maka, ahli MSI mula bertukar2. Antaranya, Batod hanya sempat bersama MSI sepenuh masa selama 2 tahun sebelum terpaksa mengundur diri dari kumpulan. Namun, beliau kadang kala masih sempat menyertai mereka utk jemputan persembahan, kerana komitmen yang kurang jika dibandingkan dengan komitmen untuk pertandingan. Lopa tidak menyertai dari awal penubuhan Zauqan, tetapi, komitmen yang baik yang diberikan pada kumpulan membolehkannya menjadi ahli tetap untuk MSI. Begitulah antara kisah perjalanan ahli2 MSI yang sering bertukar.

MSI dijenamakan semula sebagai AZ-ZIKR...

Bermula dari situ, ahli MSI bertukar, hinggalah sampai kepada line up Az-Zikr yang terkini. Pada tahun 2009, Az-Zikr  Berjaya menjuarai pertandingan peringkat negeri johor dan terpilih utk ke FNK 2009. Pada tahun tersebut, Az-Zikr  dianggotai oleh Jali, Amer Kuda, Suboh, Zaki, Helmi dan Adha. Azri tidak dapat menyertai pada masa ini oleh kerana komitmen kerja. Az-Zikr pada tahun tersebut tidak Berjaya melepasi peringkat saringan di FNK itu. Dengan azam yang tinggi utk menambah baik persembahan, pd tahun 2010, Az-Zikr bekerjasama dgn See Sharp Minor, sebuah kumpulan muzik yang penuh falsafah yang ditubuhkan oleh Husnaa (yang merupakan first line up Zauqan yang ditubuhkan pada 2005), dan Hafidzudin "Towil" Marni. Sebuah kumpulan yang meningkat naik dan digabungkan dengan kreativiti unik dari See Sharp Minor, ianya berjaya menobatkan Az-Zikr sebagai Johan Kategori Tradisi dalam Festival Nasyid Negeri Johor 2010 



Gabungan ini diteruskan apabila Az-Zikr terpilih utk mewakili Negeri Johor Darul Takzim ke Festival Nasyid Kebangsaan 2010 (FNK 2010) dengan mempertaruhkan lagu yang berunsurkan nasihat dan pengajaran "Soalan Yang Pasti", hasil nukilan Az-Zikr, dan gubahan muzik yang indah oleh See Sharp Minor, Az-Zikr melangkah setapak lebih apabila berjaya melepasi peringkat saringan. Saingan diteruskan pada malam kedua, di peringkat akhir. Ternyata kolaborasi Az-Zikr dan See Sharp Minor sememangnya membuahkan hasil, dan Azzikr berjaya dinobatkan sebagai juara FNK 2010 dalam Kategori Tradisi, pada percubaan kedua di FNK, dan pertama kali berjaya melepasi peringkat saringan. Satu kejayaan yang sangat manis, diraikan oleh seluruh warga Az-Zikr, termasuk bekas ahli Az-Zikr dan MSI. Kejayaan yang akhirnya dicapai selepas satu perjalanan yang agak panjang sejarahnya, dan bermacam2 halangan yang telah ditempuh.

Az-Zikr, dibawah pimpinan Imam Assubhi, yang kini merupakan pengurus, dan sudah pencen menyanyi, dan kerjasama diplomatik dengan See Sharp Minor dan Handy Pro Sdn Bhd sebagai labelnya, berjaya mencapai kejayaan yang besar yang sememangnya ditunggu2. Berkat doa, sokongan yang kuat dari semua pihak terlibat, kesabaran, usaha tanpa mengenal erti penat, dan tidak pernah putus asa walaupun pernah tewas pada pertandingan peringkat daerah, Az-Zikr kini berjaya mengukir nama di dalam sejarah penganjuran FNK.