Mati itu pasti! Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati! Jadi, apa bekalan kita untuk menghadapi saat sakaratulmaut nanti? walaupun harta kita banyak berkoyan2, itu semua bukan menjadi tiket untuk menikmati kehidupan yang selesa di alam barzakh! walau rumah kita di dunia seluas saujana mata memandang pun, namun itu bukan penentu akan luasnya juga ruang "tidur" kita di alam barzakh kelak yang sempit! akan tetapi, doa anak2 yang soleh, sedekah amal jariah kita di dunia serta segala ilmu yang kita curahkan dan bermanfaat kapada orang lain menjadi bekalan yang sangat2 membantu kita meniti perjalanan ke alam akhirat!
hayati video klip ini sedalamnya..karya terulung dari Az-Zikr dan See Sharp Minor... kerana inilah detik2 dan waktunya kita semua nanti ditanyakan tentang SOALAN YANG PASTI!
Wednesday, December 29, 2010
Tuesday, December 28, 2010
Az-Zikr - Disini kami bermula....
Kumpulan Az-Zikr merupakan sebuah kumpulan nasyid yang terhasil daripada gabungan 2 buah kumpulan nasyid sewaktu awal penubuhannya. 2 buah kumpulan tersebut adalah kumpulan nasyid dibawah naungan Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, yg ditubuhkan oleh Imam Mohd Assubhi "Al-Bulohi" Sidon, dan juga kumpulan Zauqan, yang ditubuhkan di SMKA Maahad Muar pada tahun 1996, Setelah 5 tahun berkubur, ianya dihidupkan kembali oleh bekas2 ahli Zauqan yangg terdahulu, Izan “Batod” Helmi, Adha "Why Not" Tohid dan Husnaa "Djemba" Saip, pada tahun 2005.


Kemudiannya, pada tahun 2006, Jali pula menjemput Batod dan Azri “Lopa” Mohd Hamdan, utk menyertai kumpulan nasyid Masjid Sultan Ismail ataupun MSI (bukan jenama motherboard dari Taiwan tuh tau!) Dari situlah, bermulanya perjalanan MSI yang dijenamakan semula sebagai Az-Zikr. Gabungan ini menjadi, dan hasilnya, kumpulan MSI berjaya menjadi juara pertandingan nasyid peringkat daerah BP, dan layak utk mewakili BP ke pertandingan peringkat negeri di JB.
Pada pertandingan peringkat negeri ini, kumpulan MSI hanya mendapat tempat ketiga dalam kategori tradisi. Walaupun begitu, mereka agak berpuas hati jika dikira pada persediaan yang tidak rapi, ditambah dengan gandingan baru antara MSi dan Zauqan. Mungkin masih tidak “ngam” lagi gabungan tersebut. Namun, MSI masih berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.
Bermula dari situ, nama MSi semakin dikenali. Pelbagai pertandingan disertai, dan kebanyakan daripada, MSI Berjaya menjadi juara, baik di peringkat daerah mahupun negeri. Di sinilah bermula titik tolak kejayaan Az-Zikr.
Namun, sepertimana nasib kumpulan2 lain, ahli2 MSI tidak dapat terus bersama sebagai satu kumpulan. Ini kerana ada diantara mereka terikat pada komitmen kerja, dan tidak dapat memberikan sepenuh komitmen pada kumpulan. Maka, ahli MSI mula bertukar2. Antaranya, Batod hanya sempat bersama MSI sepenuh masa selama 2 tahun sebelum terpaksa mengundur diri dari kumpulan. Namun, beliau kadang kala masih sempat menyertai mereka utk jemputan persembahan, kerana komitmen yang kurang jika dibandingkan dengan komitmen untuk pertandingan. Lopa tidak menyertai dari awal penubuhan Zauqan, tetapi, komitmen yang baik yang diberikan pada kumpulan membolehkannya menjadi ahli tetap untuk MSI. Begitulah antara kisah perjalanan ahli2 MSI yang sering bertukar.
MSI dijenamakan semula sebagai AZ-ZIKR...

Gabungan ini diteruskan apabila Az-Zikr terpilih utk mewakili Negeri Johor Darul Takzim ke Festival Nasyid Kebangsaan 2010 (FNK 2010) dengan mempertaruhkan lagu yang berunsurkan nasihat dan pengajaran "Soalan Yang Pasti", hasil nukilan Az-Zikr, dan gubahan muzik yang indah oleh See Sharp Minor, Az-Zikr melangkah setapak lebih apabila berjaya melepasi peringkat saringan. Saingan diteruskan pada malam kedua, di peringkat akhir. Ternyata kolaborasi Az-Zikr dan See Sharp Minor sememangnya membuahkan hasil, dan Azzikr berjaya dinobatkan sebagai juara FNK 2010 dalam Kategori Tradisi, pada percubaan kedua di FNK, dan pertama kali berjaya melepasi peringkat saringan. Satu kejayaan yang sangat manis, diraikan oleh seluruh warga Az-Zikr, termasuk bekas ahli Az-Zikr dan MSI. Kejayaan yang akhirnya dicapai selepas satu perjalanan yang agak panjang sejarahnya, dan bermacam2 halangan yang telah ditempuh.
Az-Zikr, dibawah pimpinan Imam Assubhi, yang kini merupakan pengurus, dan sudah pencen menyanyi, dan kerjasama diplomatik dengan See Sharp Minor dan Handy Pro Sdn Bhd sebagai labelnya, berjaya mencapai kejayaan yang besar yang sememangnya ditunggu2. Berkat doa, sokongan yang kuat dari semua pihak terlibat, kesabaran, usaha tanpa mengenal erti penat, dan tidak pernah putus asa walaupun pernah tewas pada pertandingan peringkat daerah, Az-Zikr kini berjaya mengukir nama di dalam sejarah penganjuran FNK.
Labelnyer?
adha,
az-zikr,
batod,
djemba,
fnk2010,
lopa,
see sharp minor,
soalan yang pasti,
suboh,
towil
Subscribe to:
Posts (Atom)